Tambah Nilai Secara Langsung Touch 'n Go eWallet bernilai RM10
1100

Tambah Nilai Secara Langsung Touch 'n Go eWallet bernilai RM10

Tambah Nilai Secara Langsung Touch 'n Go eWallet bernilai RM10
Untuk membuat penebusan, sila pastikan anda adalah pengguna berdaftar TNG:

Terma dan Syarat:

  1. Dengan menggunakan Perkhidmatan Kredit Langsung, anda dengan ini memberi kuasa kepada TNGD untuk melakukan perkara berikut:
    1. Untuk secara automatik mengkreditkan Akaun anda setelah menerima arahan kredit langsung dari Wogi
    2. Untuk menyediakan maklumat yang diperlukan oleh Wogi untuk memudahkan proses Kredit Langsung yang mungkin termasuk data peribadi dan/atau maklumat anda.
  2. Anda perlu memastikan bahawa jumlah kredit langsung berada dalam had transaksi bagi tier dompet anda yang berkaitan. Jika jumlah yang diminta melebihi had transaksi, arahan kredit langsung mungkin ditolak oleh TNGD.
  3. Anda dengan ini bersetuju bahawa TNGD tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk mengkreditkan ke Akaun anda di mana peniaga yang berkaitan di mana arahan kredit langsung dibuat telah mengalami kelewatan, penolakkan, keenggan atau sebaliknya tidak dapat menghantar arahan kredit langsung tersebut kepada TNGD.
  4. Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan menjaga TNGD terhadap sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan, kos dan belanja yang mungkin TNGD alami yang timbul dari kebenaran anda dan permintaan kepada TNGD untuk mengkreditkan Akaun anda atau sebarang kesilapan dalam kuasa sedemikian disebabkan oleh apa jua sebab kecuali disebabkan oleh kecuaian besar atau kelalaian sengaja TNGD.
  5. TNGD mempunyai hak atas budi bicara mutlaknya, untuk meluluskan atau menolak permohonan Perkhidmatan Kredit Langsung tanpa sama sekali memberikan sebarang sebab.
  6. TNGD berhak, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis kepada anda, untuk menghentikan Perkhidmatan Kredit Langsung ini tanpa memberikan sebarang sebab sama sekali dan seterusnya, TNGD tidak akan mempunyai kewajipan untuk mengkreditkan eWallet TNG anda setelah menerima arahan kredit langsung di bawah Perkhidmatan Kredit Langsung ini. TNGD tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin anda alami.