Mengapakah topik tinjauan yang saya ambil sepertinya berubah selepas beberapa soalan?

Sebagai ahli komuniti iSay , anda tahu bahawa kami bertanya soalan tentang pelbagai topik yang berbeza.  Tetapi adakah anda perasan bahawa kadang kala topik itu seolah-olah megubah sebahagian daripada tinjauan?

Kami melakukan ini bukanlah untuk mengelirukan - kebiasaannya, kami mempunyai sebab yang sangat kukuh!

Jom kita lihat mengapa perkara ini berlaku.

Mengumpulkan maklumat yang lebih luas

Tinjauan wujud untuk mengumpul maklumat mengenai topik tertentu. Lebih banyak maklumat yang kami dapat kumpulkan mengenai topik tersebut, lebih tepat kesimpulan yang boleh kami rumus daripadanya. Ini bermakna tumpuan tinjauan tampaknya semakin meluas apabila anda mendalaminya dengan lebih jauh, memandangkan soalan-soalan menjurus kearah bidang yang berkaitan. Ini membolehkan kami mendapatkan gambaran luas terhadap sesuatu subjek tanpa perlu membuat lebih daripada satu tinjauan.

Kami mahukan jawapan yang tepat

Maklumat yang kami kumpulkan daripada respon tinjauan anda adalah lebih berguna apabila kami tahu ianya jujur ​​dan tepat. Kadang kala, sesorang tanpa sengaja akan menukarkan jawapan mereka supaya lebih terkait dengan apa yang mereka fikir kami inginkan!  Oleh itu, sesetengah tinjauan menumpukan pada bahagian topik yang berbeza dalam soalan yang berbeza. Hal ini menjadikan kami lebih yakin bahawa kami mempunyai maklumat yang sebenar.

Sebenarnya, tinjauan adalah lebih daripada sesuatu perkara!

Kadang kala, kami bertanya lebih daripada satu topik dalam satu tinjauan. Perkara ini dipanggil tinjauan 'omnibus'. Ianya boleh menjadi lebih efisyen untuk pelanggan kami, kerana kami boleh melaporkan lebih banyak subjek berbeza dengan lebih cepat.

Jom berhubung dengan kami di media sosial! :)

Kesimpulan

Secara keseluruhan, sekiranya anda mengambil tinjauan pada masa hadapan dan melihat tentang perubahan topik, ketahuilah bahawa ini semua adalah sebahagian daripada perancangan baik kami.

Setiap soalan, walaupun ia kelihatan tidak berkaitan atau di luar topik, ia memainkan peranan dalam mengumpul data yang boleh dipercayai yang kami perlukan.

Jadi, bersedia dengan perubahan dan ketahui bahawa respon anda menyumbang kepada analisis berharga.

👉 Apa kata anda lihat sekiranya ada tinjauan yang tersedia untuk anda sekarang?

Kongsi siaran ini

-->