Mengapa saya disingkirkan daripada tinjauan?

Pernahkah anda memulakan tinjauan, hanya untuk diberitahu di pertengahan bahawa anda tidak layak untuk melengkapkannya? Perkara ini akan menjadikan pengalaman anda mengecewakan. Anda mungkin merasakan masa anda telah dibazirkan atau pendapat anda tidak penting. Tetapi sebenarnya wujud sebab yang kukuh. Hal ini berkaitan dengan sesuatu yang dipanggil 'proses saringan'. Di dalam dunia penyelidikan pasaran, proses saringan adalah langkah penting dalam memastikan kesahihan hasil tinjauan. Artikel ini memberikan penjelasan ringkas dan mendalam tentang bagaimana proses penyaringan berfungsi dan mengapa anda kadang kala boleh disaring keluar daripada tinjauan.

Ever been stopped halfway through a survey?

Apakah Proses Saringan?

Proses saringan adalah fasa awal bagi apa sahaja tinjauan. Pada permulaan tinjauan, anda sering ditanya beberapa soalan asas. Soalan-soalan ini bukanlah sekadar perasaan ingin tahu pihak penyelidik. Mereka mempunyai tujuan penting: iaitu untuk menentukan sama ada anda tergolong dalam sesuatu kumpulan yang akan dikaji oleh tinjauan tersebut.

Kumpulan ini dipanggil 'kumpulan sasaran'. Ia boleh ditakrifkan dengan pelbagai ciri. Perkara ini mungkin termasuk faktor tentang siapakah anda, atau sesuatu yang lebih khusus - seperti produk yang anda gunakan. Kriteria yang tepat akan bergantung kepada objektif kajian penyelidikan. Sebagai contoh, tinjauan tentang tabiat penjagaan kulit mungkin memerlukan individu yang menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari.

 

Mengapakah Anda Mungkin Disaring?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin disaring daripada tinjauan:

  1. Tidak Sesuai

Sebab yang paling biasa untuk disaring adalah tidak sesuai dengan sasaran demografi untuk tinjauan. Sebagai contoh, tinjauan mungkin direka untuk mengumpulkan data tentang tabiat membeli-belah golongan milenium. Jika anda tergolong dalam generasi "baby boomer", anda mungkin akan disaring.

  1. Perwakilan yang berlebihan  

Kadang kala, tinjauan mungkin menerima terlalu banyak jawapan daripada orang dalam sesuatu kumpulan tertentu. Tinjauan tentang kerja mungkin menerima banyak maklum balas daripada pekerja sepenuh masa. Jika terlalu ramai, ia mungkin berhenti menerima respon daripada pekerja sepenuh masa dan sebaliknya memfokuskan kepada orang yang bekerja sambilan. Ini dilakukan supaya hasil tinjauan mewakili pandangan populasi yang seimbang.

  1. Kami mahukan jawapan yang jujur

Kami mahukan data yang baik dan juga yang boleh kami percayai. Kadang kala, jawapan kepada soalan saringan mungkin kelihatan tidak konsisten atau tidak serupa. Mereka kelihatan seperti seseorang yang mungkin tidak bercakap benar atau memberikan maklumat yang  tidak tepat. Individu seperti ini mungkin disingkirkan daripada tinjauan. Hal ini supaya kami boleh yakin dengan hasil kajian kami.

Disaring keluar daripada tinjauan tidak bermakna pendapat anda tidak penting. Hal ini merupakan langkah yang diperlukan untuk memastikan sesuatu tinjauan dapat mengumpulkan data yang relevan dan tepat. Jika anda mendapati diri anda tersingkir daripada tinjauan, tiada sebab mengapa anda tidak perlu mencuba tinjauan lain. Apa kata anda lihat tinjauan apa yang tersedia untuk anda hari ini?

Kongsi siaran ini

-->